Islamic Widget

Thursday, March 25, 2010

Penyampaian Sijil dari Dakwah center



Semalam kami di jemput ke Beachcamp...
Tujuannya untuk panyampain sijil dan hadiah pada yg cemerlang dan juga untuk beramah mesra dgn kwn2 yg bukan dari Saudi.Macan dari china, Amerika, Kenya, South Afrika,Pakistan,India dan aku lupa dari mana lg...Apa2 pon tahniah aku ucapkan pada yg berjaya dlm mata pelajaran.Pada yg kurang berjaya (mcm aku)kita cuba lagi.InsyAllah klu kita berusha pasti kita berjaya, bg aku markah yg aku dapat alhamdulillah....cuma kena berusaha lagi.(mcm x puas ati dgn markah sendiri.)Ya la..kita ni manusia..mana pernah puas.

Ada juga permainan dan quiz yg disediakan...enjoy gak.Tapi macam biasa la..x boleh ambik gambo, coz diorg semua x pakai tudung n pakai baju seksi2...meletoppp!!!
Kita orrg Msia jer yg tak buka tudung, mungkin malas nak buka n pakai semula.Almaklumlah..kalau mcm aku ni kalau nak pakai tudung mau ambik masa setengah jam.Ya la, klu x tenguk cermin mana puas kita nak mengayakan tudung kita tu....x gitu??
Benornya diorg semua ok, cuma diorg x suka bergambo(agaknya) ataupon diorg malas nak sarung abaya...ahh bior la...diorg dgn cara diorg.

Tapi ada gak kwn2 Pakistan & dari Kenya yg sporting ..berpossing dgn kitorg.Jadi...layan jer la gambo2 yg dapat aku snap semalam....

Kak Nor...dari level2....merangkul markah penuh pada semua subjek (terooor tu)
Bahagian peserta yg mengikiuti party semalam(tenguk Aida...mcm modelkan?)Shikin>suhaimi tudung purple..dr level 1..juga merangkul pelajar cemerlang..

yg ni pulak pose kat dlm kemah ...cantik kemah tu...

Friday, March 19, 2010

Sekolah Baru

Dah seminggu naik sekolah di Dakwah Center...
Nampak gayanya sekolah yg baru ni agak besar.3 tingkat.Senang nak main kejar2 dgn Sarah (kerani dkwh.cntr)ngeeee....
Bilik kami(level 1) di tingkat 2, sama dgn level 2..
Cuma bilik level 2 besar sikit..uhuhuh..x aci tau.....
Oleh kerana aku ni takut nak ambik gambar diluar sekolah kami, jadi..korang cuma dapat pemandangan dari dalam jer la..
Bukan apa..kita perlu juga menghormati org lain.Org Arab ni x suka tenguk kita ambik gambar,Haram....
Yg kita org ni pulak, suka ambi gambar untuk kenangan dan berkongsi dgn kekwn diluar sana..(ye ke suka tenguk gambar kitaorg..perasan......). X kisah la tu......
Layan jer la gambar kitaorg masa hari pertama di sekolah baru ni....
zasssssssss

Kak jah,Aida n shikin-suhaimi...berposing di tingkat 3 (yg ni bilik majlis..agaknya la)
Model yg nie Neeza & Ka jah, sedang minum secawan teh, sambil bergaya ditepi tangga baru


Tau la dapat tangga baru...sampai x nak masuk kelas..dari kanan Kak Noorhirani, Anis Fatma, Norjahan &NorAin(model tepi tangga gak)

Yg ni dlm kelas kitaorg

Tuan yg menulis blog ni nak gak berposing.......



Sesiapa yg berminat atau ada hati nak mengikuti jejak langkah kami, belajar di Dakwah Center..tunggu hingga pendaftarn yg akan di uka nanti, kami akan war2kan di Jumanisaa @dlm blog aku ni .....
maasalammah.....

Monday, March 15, 2010

Semuga diberkati olehNya

dah bujang dah.........


Di lahirkan pada 15 march 1997...
Anak sulung dari dua beradik.
Hari ini 15hb march 2010...genap usia mu yg ke13 tahun.
Semuga dgn bertambahnya usia akan lebih mematangkan lagi tingkah laku mu itu.
Harapan Ibu dan Ayah semuga Aliff Najmi akan menjadi insan yg berguna di suatu hari kelak.
Tiada hadiah yg berharga dapat Ibu dan Ayah berikan hanyalah, didikan dan ajaran yg sempurna..untuk di bekalkan didunia dan akhirat.
Dan semuga Aliff Najmi akan terus berusaha demi mencapai kejayaan yg diimpikan.
Ibu dan Ayah akan selalu mendoakan kejayaan Aliff Najmi..insyaAllah..
## SELAMAT HARI LAHIR, ALIFF NAJMI RAHIM##

Friday, March 12, 2010

Majlis perpisahan....2 D




Majlis yg di adakan pada 9/3/10.Di rumah Puan Sarimah di Hijjaz Sector, Fanateer.Ahli jumanissa membuat majlis pepisahan untuk Puan Dira dan Puan Adilla..pulang semula ke Malaysia.



Kesedihan yg tidak dapat kami gambarkan...kehilangan kawan yg sama2 merantau....Harapan kami, semuga Dira dan Kak Dilla, bergembira di sana dan ingatlah kami di Jubail nie..
Pada kawan2 yg x dapat hadir tu..layan la gambar2 yg sempat di ambil masa majlis tersebut...




Apam yg ke2 kalinya aku buat..kali ni menjadi.merekah pulak....ngeeeee



Buah tangan dari rakan2 yg lain...sedap2 semuanya..nyum...nyummmm

Tuan rumah...berbaju merah bunga kak Sarimah (apa yg di suru G buat tu??G pulak sibuk ambik gambar...ishhhh...ishhhhh)Menu utama..nasi lomak bungkus daun pisang....
Antara kawan2 yg hadir..yg berpaling muka tu Dira, knp x tenguk kamera??si Fid pulak..kenapa kau kejam mata Fid????
macam2 aksi ada..tenguk la.ada2 aje gelagat dari ibu2 di jubail ni..
Sempat lagi berposing masa mkn2 di rumah Zaidah..

Untuk kak Dilla & Dira
Hanya secebis puisi untuk kenangan(ambik kat blog puisi, bukan reka sendiri)

Sahabatku,usah dipandang ke belakang melihat senja yang sudah berlalu tetapi lihatlah masa depan kita yakni perjalanan yang panjang tetapi sementara sebelum sampai kepada kematian.
Sahabatku bila tiba waktu pertemuan usahlah ragu mengungkapkan kata kemaafan bila tiba waktu perpisahan usahlah tangisi kepergian rakan-rakanmu seperti mana mereka menangisi kepergianmu, kerana sesungguhnya semua itu ada hikmah yang Allah berikan.
Sahabatku, jika ada kesalahan dan kesilapanantara kita, marilah...marilah...aku seru sahabat-sahabatku semua agar kita bermaafan antara satu sama lain supaya kelak tiada yang merana, supaya kelak tiada yang berduka, supaya kelak tiada yang berpura-pura.
Sahabatku,sesungguhnya pertemuan kitasudah ditentukan oleh Allah SWT, oleh itu marilah kita hargai pertemuan ini dan sesungguhnya perpisahan kelak juga adalah takdir Tuhan yang harus kita terima, terimalah ia dengan penuh keredhaan.
Sahabatku,terima kasih atas segalanya semoga kita akan dipertemukan kembali walaupun mungkin pertemuan ini bukan di dunia tetapi Insya Allah, berdoalah agar kita dipertemukan di akhirat kelak.semoga Allah menempatkan kamu sahabat-sahabatku dalam kalangaan orang yang beriman kelak....insyaAllah
aminn..
Selamt Pulang Ke Malaysia



Tuesday, March 9, 2010

Dah Setahun rupanya......

Bukan sambut Ulang tahun perkahwinan yer..
Tapi genapnya aku merantau kat tempat orang.(mcm percaya dgn tidak jer).
Diam x diam da setahun aku di KSA....Tp aku rasa mcm da 10 tahun duk kat sini..uhuhuh..mcm nak balik la pulak..
Banyak dugaan yg aku dapat bila duk kat sini..Hati ni mmg betul2 kena cekal dan kuat.Bila kita berpindah kita akan dapat kawan baru...rumah baru..kereta baru..baju baru..kasut baru dan mcm2 lagi lah..oppss x lupa juga yg dpt anak baru....anak baru??(aku blm lagi)..tahniah atas sesaper yg da dapat anak baru ..dan yg akan dapat.Yang belum dapat cuba lagi (terutama aku la tu)

Bebalik cerita setahun aku di Ksa..
Nak cerita memula aku sampai di KSA ni..Sampai jer kami di airport Damam pada pkl 10.30pagi.Di sana driver yg ck hubby aku booking da tunggu. Saper lagi kalau bukan si Sornu..dia ni org India,peramah gak orgnya.Smpai kat Jubail Balad dlm kol 11.3opagi..Bacaan Basmallah aku mulakan, bila menjejakkan kaki di tanah dpn building ni..
Bila da masuk jer dlm rumah.......aku rasa pelik??Kenapa rumah ni mcm ni??Banyaknya sekat2..??Setahu aku, bilik jer ada sekat2..ha... lg satu sekolah kat kampung aku.
Bila ck hubby aku tenguk aku mcm pelik gitu..dia pun ckp, di Arab saudi ni kalau tetamu datang,perempuan dan lelaki kena di asingkan..untuk lebih memudahkan dia buat la sekat mcm ni.Ohhh..okay baru paham.
Tu cerita kat rumah.Bila hubby ajak keluar, sebelum tu dia suh aku pakai jubah serba hitam , ok aku ikut..lagi pun aku memang da biasa berjubah di Msia..sampai sahaja di bandar...... Ya Allah sesungguhnya......, memang ramai orang luar yg merantau mencari rezeki yg lebih di Saudi ni. Alhamdulillah...bumi Allah.Sesiapa saje boleh datang dan duduk..x kira agama dan bangsa..mereka makhluk Tuhan.

Tapi bila dah duduk di tempat sebegini...aku rasa Malaysia adalah tempat aku.Orangnya yg menghormati sesama manusia, walaupon ada juga yg tidak..tapi boleh kira kot??Kita di ajar dgn budi bahasa yg tinggi, senyuman x lekang dari bibir,suka menolong sesama manusia.Tak kira bangsa dan agama kita akan membantu.Sikap yg begini buat aku rindu sangat..

Tapi...x kurang juga di KSA..walaupon sikap sopan diorg agak kureng sikit.Tp sikap menderma ataupon dalam erti kata yg lain sikap pemurah ada dalam diri mereka.Kalau di bibir kita murah dgn senyuman, dibibir mereka murah dgn zikir....jadi sesama kita renung2kan..

Kalau di tanya di mana lebih selesa..memang kita lebih selesa di Tanah air sendiri.Tapi sedia maklum, bila kita di Arab Saudi, agak senang kita hendak pergi ke Umrah dan Madinah, dgn menaiki kereta sahaja sudah sampai di tanah Haram, di sini memang kelebihannya.
Tapi....di Ksa ni aktiviti wanita sangatlah terhad..aku rasa memang x sesuai langsung dgn keadaan aku yg suka mencari aktiviti di luar..(bkn aktiviti yg sangat bebas tapi aktiviti yg sederhana bebas..ngeeee)
Bila sudah duduk jauh dari Negara yg turcinter..baru la kita rasa indahnya Negara kita...sayangnya kita akan Negara kita.Sayangnya kita pada keluarga kita yg di tinggalkan, sayangnya kita pada sahabat handai kita dll..Tapi..oleh kerana sayangnya aku pada keluarga kami bina ini.Aku belum sanggup berpisah dgn ck hubby yg turcinterrrr..walaupon hati ini meronta untuk balik...
Hingga..sampai detik waktu semalam..genap setahun aku di Ksa..mcm x percaya cepatnya waktu berlalu..sebab masa mula2 sampai, bibir aku pulak x lekang kata nak balik...nak balik..sampai bosan ck hubby.Kesian......
Bila bertemu dgn ramai kawan Msia yg memberi semangat dan nasihat..hati ni jadi sejuk semula dan akan bersama selagi ck hubby tak suruh balik.....ngeeeeeee
Dan aku selalu berdoa. agar Tuhan tabahkan hati aku ini, kuatkan semangat kami untuk menempuh hari2 yg mendatang...elakkan perkara yg tidak diingini, dan dekatkanlah kami pada mu ya Rabbi....
Aminn.....alhamdulillah

Friday, March 5, 2010

Apam beras & Seri muka



Tengah rajin sangat la tu...sampai buat 2 kuih dalam satu hari.Hehehe....bkn rajin....tapi boring.Tak tau nak wat apa.Lagi pun dah dua kali cuba buat apam nie..tp x menjadi...

Pagi tu x de apa buat...saje jer tenguk blog resepi org yg rajin buat kuih..diorg ni mmg teror dan x lokek lah..selalu gak cuba resepi dari blog2 diorg.Takat ni, alhamdulillah..jadik.......
Terima kasih pada yg sudi berkongsi..
Apam tepung beras ni aku ambik resepi dari ilhamdapur blogspot..

Alhamdulillah jadi..gebu dan sedapp....cuma x merekah atasnya..x tau apa silap aku? (kalau ada sesiapa yg tau petua nak jadikan dia merekah blh lah kongsi sesama)Kalau ada yg suka makan apam ni dan nak cuba membuatnya...tenguk lew resepinya....




Apam Beras

100g tepung beras
50g gula
130ml air
2g yis
2g eno (aku ltk stgh paket)
sedikit pewarna



Cara-caranya
Campurkan tepung beras,gula,yis dan air.Kacau sehingga sebati dan gula larut.kemudian tutup bekas tadi dan perap sehingga 4 jam, sebelum kukus.
Bila dah kembang(masa nak kukus)masukkan warna dan eno.Kacau perlahan2, dan biarkan selama 5minit sblm kukus.
Masukkan dlm bekas yg comel dan kukus.Kukus selama 15-20minit.


#panaskan bekas apam dulu dlm pengukus & tutup pengukus mesti di balut dgn kain.



Nie pulak kuih seri muka...kehkehkeh....aku ni mmg suka letak warna selain dari warna asalnya..hijau...
Resepi ni pulak aku ambik dlm buku resepi lahhh...suka gak aku nak berkongsi kalau sesiapa yg berminat nak mencuba....



Seri Muka

Lapisan bawah
2 cawan beras pulut
2 1/2 cawan santan cair
sedikit garam

cara2nya
rendam pulut selama 3 jam(sekejap pun x per)
toskan dan masukkan santan kemudian kukus hingga pulut masak, tekan2 pulut yg telah masak tadi dan tuangkan bahagian atas..

Bahagian atas
2 cawan santan pekat
pewarna(ikut suka)
5 sudu makan tepung gandum
5 sudu makan tepung kastard
10 sudu makan gula pasir
1 biji telur
sedikit garam



cara-caranya

Satukan semua bahan hingga sebati& tuang di atas pulut tadi, kemudian kukus hingga masak..
Selamat mencuba & minta maaf la andai ada kesilapan atau terkurang pada resepi di atas.Sesungguhnya manusia setiasa ada kekurangan.Lebih2 lagi mcm aku nih.....