Islamic Widget

Friday, April 9, 2010

Laksam

yg ni kuah nya

ulam-ulaman

mee laksam yg da siap
siap terhidang....


Sebenarnya hari ini ialah hari lahir cik hubby ku (9hb4)...semalam buat n3 tu...nyorok2 dari dia.Sebab tau, hari ni mmg x dapat nak luahkan apa yg terpendam..bkn nak menunjuk2 romantik..tp bende ni datang dgn sendiri.
X der hadiah yg istemewa yg dapat diberikan.cuma dgn masakan jer yg dapat menambat hati yg tersayang...
Macam biasa...setiap hari lahir akan ada permintaan.Ck hubby ku ni mmg suka dgn masakan org rumah dia ni yg x berapa pandai masak nih...kali ni dia minta aku masakkan Laksam.aku ni bukan la pandai sangat..tp da pernah buat sekali hari tu...alhamdulillah jadi.Resepi ni pon kawan yg bagi, siapa lagi klu bukan kak Zura...Dia kata ilmu jagan lokek.Bukan blh bawa mati .Jadi sesiapa yg nak mencuba resepi ni sila layan di bawah ni yer....

Laksam
untuk buat mee
1 paket tepung beras
7 1\2 cwn air
caranya
bancuh tepung beras bersama air dan ambil 3/4 cwn, curahkan atas tudung periuk dan kukus selama 2 minit.

bahan2 nya
1\2 kg ikan selayang(x jumpa ikan selayang kat arab ni...guna ikan tenggiri jer)
santan
1 biji limau nipis
lada hitam
6 ulas bawang merah
lengkuas
garam & serbuk perasa
cara2nya
Bawang & lengkuas di kisar.sementara itu ikan di kisar dgn santan dan masukkan perahan air limau nipis,bawang kisar,garam & serbuk perasa.Masak atas api hngga mendidih.kuah hendaklah sentiasa di kacau.
Ulam
kacang panjang
timun
taugeh
sambal belacan

Thursday, April 8, 2010

Istimewa untuk Abang..


Selamat Hari UlangTahun untuk Abang..


Alhamdulillah..terima kasih atas nikmat dariNya yg diberi pada kita, dapat lagi kita sama2 meraikan hari yg berbahagia ini.


Untuk Abang...Insan yang penuh dengan cinta dan sayang.syg panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah , kerana memberikan masa untuk syg mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan syg waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.

Abang, doa syg tujukan khusus buat abg. Tika sujud yang panjang, syg memohon agar kehidupan abang sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.syg doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impian syg bang, agar syg mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....Terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku....