STEP 1. BUAT GULA HANGUS
- taburkan 2@3 sudu besar gula kedalam loyang yg hendak digunakan utk buat kek ini nanti..
- panaskan loyang atas dapur guna api kecil sehingga gula hancur dan bertukar perang , boleh goyang2 loyang supaya gula hancur serata tp jangan sampai gula hangus..
- dah jd gula hangus , biarkan ia sejuk... dlm proses ia sejuk tu kekadang bunyi dan ia jadi macam kaca pecah
-KETEPIKAN
STEP 2. BUAT KARAMEL LAYER
- dalam bekas lain pula campurkan semua bahan dibawah dan dipukul sebati, guna whisk je pun boleh..
- bahan: 1 tin susu cair
100gm gula kastor(tina guna gula biasa yg diblend halus je)
7 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
- dah dipukul sebati , KETEPIKAN
STEP 3. BUAT KEK SPONGE
- bahan : 210gm tepung naik sendiri ( tina guna tepung gandum biasa + 1 sudu teh baking powder)
100gm gula kastor ( juga guna gula biasa yg diblend halus)
200 gm air
100 gm minyak jagung ( apa2 minyak masak pun boleh)
4 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
- cara :
- pukul kuning telur + minyak+air sampai gebu dan jadi mcm warna putih2 sikit..
- + gula dan pukul lg sehingga naik sekali ganda
- matikan mixer dan masukkan sedikit2 tepung yg telah diayak dgn baking powder
- kacau perlahan secara kaup balik je sehingga semua bahan bergaul rata
KETEPIKAN
STEP 4. MERINGUE
- bahan: 11 biji putih telur
100 gm gula kastor ( juga guna gula biasa yg diblend halus)
3/4 sudu teh krim tartar
- cara:
- pukul telur hingga berbuih
- masukkan gula dan krim tartar dan pukul lg dgn speed max hingga adunan kental...
-step 3 dan step 4 hendaklah disatukan secara perlahan dan kaup balik sahaja..
- ambil 1/4 bahan step 4 .meringue dan masukkan kedalam aduan step 3.kek sponge..
- kaup balik hingga rata dan tambah lg meringue sedikit2 ke dlm aduan kek sehingga habis sambil di kaup balik perlahan2..
- setelah semua rata , bahagikan kepada 3 bahagian yg sama banyak dan warnakan ikut kegemaran anda..
- ambil loyang yg berisi gula hangus dan curahkan adunan step 2. karamel ke atas gula hangus td.
- tuangkan 3 sudu adunan warna 1st ke atas lapisan karamel td.
- kemudian ambil dan tuang 3 sudu adunan warna 2nd ke atas aduanan warna 1st..
-kemudian ambil dan tuang 3 sudu adunan warna 3rd ke atas aduanan warna 2nd..
- ulang proses ini sehingga loyang 3/4 penuh
- kemudian buat pula dgn 2 sudu dan akhir sekali 1 sudu .
- akhir sekali lorekkan atas adunan dgn lidi.
- bakar secara steam bath selama 1 jam atau sehingga kek masak
- setelah kek masak, off kan oven tp biarkan kek di dlm oven sehingga kek renggang dr loyang.
- terbalikkan kek ke atas pinggan dan biarkan ia turun sendiri.
-jika ada air gula yg keluar, cepat2 lapkan dgn tisu.
- potong kek bila ia benar2 sejuk.
- SIAP....BOLEH MAKAN...
SELAMAT MENCUBA
( jgn lupa.. dah buat tu kena bg sifu rasa tau )>>>>>> haaa..yg ni mcm mana nak cete?? dia kat Saudi..kita kat Msia? nampak gaya..kena hantar gambar je la....ok gak kan???
0 comments:
Post a Comment