Sunday, February 26, 2012
Tetiba jer kan???
Posted by ashikin at 12:37 AM 0 comments Links to this post
Wednesday, November 30, 2011
karamel kek dari "Tina"
STEP 1. BUAT GULA HANGUS
- taburkan 2@3 sudu besar gula kedalam loyang yg hendak digunakan utk buat kek ini nanti..
- panaskan loyang atas dapur guna api kecil sehingga gula hancur dan bertukar perang , boleh goyang2 loyang supaya gula hancur serata tp jangan sampai gula hangus..
- dah jd gula hangus , biarkan ia sejuk... dlm proses ia sejuk tu kekadang bunyi dan ia jadi macam kaca pecah
-KETEPIKAN
STEP 2. BUAT KARAMEL LAYER
- dalam bekas lain pula campurkan semua bahan dibawah dan dipukul sebati, guna whisk je pun boleh..
- bahan: 1 tin susu cair
100gm gula kastor(tina guna gula biasa yg diblend halus je)
7 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
- dah dipukul sebati , KETEPIKAN
STEP 3. BUAT KEK SPONGE
- bahan : 210gm tepung naik sendiri ( tina guna tepung gandum biasa + 1 sudu teh baking powder)
100gm gula kastor ( juga guna gula biasa yg diblend halus)
200 gm air
100 gm minyak jagung ( apa2 minyak masak pun boleh)
4 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
- cara :
- pukul kuning telur + minyak+air sampai gebu dan jadi mcm warna putih2 sikit..
- + gula dan pukul lg sehingga naik sekali ganda
- matikan mixer dan masukkan sedikit2 tepung yg telah diayak dgn baking powder
- kacau perlahan secara kaup balik je sehingga semua bahan bergaul rata
KETEPIKAN
STEP 4. MERINGUE
- bahan: 11 biji putih telur
100 gm gula kastor ( juga guna gula biasa yg diblend halus)
3/4 sudu teh krim tartar
- cara:
- pukul telur hingga berbuih
- masukkan gula dan krim tartar dan pukul lg dgn speed max hingga adunan kental...
-step 3 dan step 4 hendaklah disatukan secara perlahan dan kaup balik sahaja..
- ambil 1/4 bahan step 4 .meringue dan masukkan kedalam aduan step 3.kek sponge..
- kaup balik hingga rata dan tambah lg meringue sedikit2 ke dlm aduan kek sehingga habis sambil di kaup balik perlahan2..
- setelah semua rata , bahagikan kepada 3 bahagian yg sama banyak dan warnakan ikut kegemaran anda..
- ambil loyang yg berisi gula hangus dan curahkan adunan step 2. karamel ke atas gula hangus td.
- tuangkan 3 sudu adunan warna 1st ke atas lapisan karamel td.
- kemudian ambil dan tuang 3 sudu adunan warna 2nd ke atas aduanan warna 1st..
-kemudian ambil dan tuang 3 sudu adunan warna 3rd ke atas aduanan warna 2nd..
- ulang proses ini sehingga loyang 3/4 penuh
- kemudian buat pula dgn 2 sudu dan akhir sekali 1 sudu .
- akhir sekali lorekkan atas adunan dgn lidi.
- bakar secara steam bath selama 1 jam atau sehingga kek masak
- setelah kek masak, off kan oven tp biarkan kek di dlm oven sehingga kek renggang dr loyang.
- terbalikkan kek ke atas pinggan dan biarkan ia turun sendiri.
-jika ada air gula yg keluar, cepat2 lapkan dgn tisu.
- potong kek bila ia benar2 sejuk.
- SIAP....BOLEH MAKAN...
SELAMAT MENCUBA
( jgn lupa.. dah buat tu kena bg sifu rasa tau )>>>>>> haaa..yg ni mcm mana nak cete?? dia kat Saudi..kita kat Msia? nampak gaya..kena hantar gambar je la....ok gak kan???
Dibawa ke majlis raya KRMJ
Posted by ashikin at 3:16 AM 0 comments Links to this post
Friday, November 25, 2011
Apa xtvt kita??
Kalau dekat Msia...malas nak buat sarapan pagi2..pegi je ke kedai2 @ warung2 yg dekat dgn rumah kita..tapi bila balik ke Saudi ni..semua kena buat sendiri kalau terasa nak makan makanan yg ada jual kat tempat kita..nun di Msia tu..
yg ni salah satu hidangan sarapan pagi kami...roti nyer sangat la besar..agak2 besar nyer hampir sama dg stereng lori...hehehe..(agak la kot?)..di cicah dgn Tuna & Markekel (ayam yg di hiris + lada) sedap gak....
Kata ck hubby nama roti ni Thamis...emmm...bila baru masak, sedap la makan..tapi bila da sejuk..nak kunyah pon....adoiiii...naik tercabut gigi...adeehhh....
Haaa...nampak x building tu...rumah kat Saudi ni, nak di katakan semua hampir sama..satu building tu di bahagi2 kepada 4 @ 5 biji rumah...boleh bayangkan x, macam mana???
Hampir 5 bulan balik ke Msia...tapi kontrak perjanjian sewa rumah masih ada lagi hingga bulan 1, sbb tu cuti kali ni..hubby x sibuk2 cari apartment lain untuk kami..
Najman ni rajin gak nak menolong di luar dgn Ayah nyer...sementara si Abg menolong ibu membasuh pinggan kat dapur..sbb tu muka abg dia x de....hiksss
Bertapa berkobar2 nak keluarkan peluh...tapi sekarang ni..musim sejuk..peluh pon x nak keluar..hehehe..Posted by ashikin at 8:13 AM 0 comments Links to this post
Thursday, November 17, 2011
Terima Kasih Sayang..............
Posted by ashikin at 6:35 AM 0 comments Links to this post
Tuesday, November 15, 2011
19 tahun sudah......
bersanding sekali lagi di Pelamin adik
(ada mcm pengantin lagi ke???)
untuk hubby yg sangat di sayangi...
dgr lah luahan dari hati yg kecil ini (jiwang babe)
~~~~~~~Sepi yang beralun bagai irama
mengiringi kerinduanku bagai senikata
kubercanda sendirian dengan kerlipan bintang
berbisik sayu di angin lalu
terusiklah hatiku saat berjauhan darimu…
sinar purnama yang melimpah indah
tidak seindah budiku…
harumnya bunga yang sedang mekar
tidak seharum dan semekar kasihmu…
mahalnya sebutir permata yang berkilau
tidak semahal pengorbananmu
segalanya begitu berharga
kerana kau membuat diriku merasa dihargai…
bila tanpamu… semakin kusedari
kaulah yang istimewa untukku
kerana kau membuatku merasa tersangatlah istimewa…
Posted by ashikin at 11:49 AM 0 comments Links to this post
Monday, October 3, 2011
Happy Bday Najman
haaa..hensem x?? ok la tu kan?....nak cete psl bdk yg kat pic atas ni la..
Posted by ashikin at 7:31 PM 0 comments Links to this post
Thursday, September 29, 2011
Macam x percaya
Posted by ashikin at 6:10 PM 0 comments Links to this post