Islamic Widget

Wednesday, June 8, 2011

Doa menziarahi orang sakit...

#### Hari tu...selepas balik dari Konvo di Dakwah center..ramai kawan2 yg minta doa ni..nak bagi... takut tersalah ejaan nya..bila duk sorang2 cuba cari di Blog doa2...alhamdulillah..ada pon doa yg di cari...pada kawan2 yg berminat nak menyalin...dan mengamalkan..sila la...


Bagi aku...aku amalkan bila sendiri sakit..dan juga pada keluarga..aku terus amalkan masa dapat dari ustazah Mutiah hari tu...alhamdulillah...berkesan..bacalah dgn tajweed yg betul..insyaAllah..




Doa mendoakan orang sakit:-

Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.

Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.

“Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.

Kelebihan menziarahi orang sakit.

Bersabda Nabi s yang bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).

Insyallah, moga-moga kita semua rajin-rajinlah menziarahi orang sakit dan mendoakannya. Mungkin hari ini hari dia, esok lusa, mungkin hari kita. Memang terasa kesunyian bagi yang pernah mengalaminya di hospital, barangkali kita hanya berkawan dengan pesakit di sebelah katil. Sedih jer rasanya, mana orang tersayang tak lawat-lawat kita nie, sibuk sangat bekerja agaknya?


## petikan di atas di ambil dari adab2 menziarahi orang sakit..bukan dari idea sendiri..

cuma ingin berkongsi..selepas membaca artikal ini...harap maklum..dan maaf dipinta..


0 comments: