Islamic Widget

Thursday, April 8, 2010

Istimewa untuk Abang..


Selamat Hari UlangTahun untuk Abang..


Alhamdulillah..terima kasih atas nikmat dariNya yg diberi pada kita, dapat lagi kita sama2 meraikan hari yg berbahagia ini.


Untuk Abang...Insan yang penuh dengan cinta dan sayang.syg panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah , kerana memberikan masa untuk syg mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan syg waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.

Abang, doa syg tujukan khusus buat abg. Tika sujud yang panjang, syg memohon agar kehidupan abang sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.syg doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impian syg bang, agar syg mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....Terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku....

0 comments: